Wednesday, January 30, 2013

Water + Us


Assalamualaikum ! ( tak jawab dosa , jawab gatal )
*kopipes from Hantu Kapcai . >.<


Dalam Islam , kita dikehendaki to care about what we eat. Kan ?
The word ' EAT ' bukan hanya membawa maksud MAKAN sahaja tetapi juga ' DRINK '.


So bila disebut part MINUM tu , mestilah kita minum air kan ...
Ke ada minum benda lain lagi ??


Haaaaaaaaaa.......... 
( tepuk dada tanya selera .>.< )


Setiap benda yang bila disuruh untuk menjaganya , mesti ada udang di sebalik mi udang.
( hikmah di sebaliknya ) .


Jadi , bila disuruh untuk menjaga minuman dan makanan, pasti ada
kebaikannya if we take care of it .


Everything have molecules. Even water ,gas. Everything.
And these molecules , all of them ( maybe ) bring messages.


Hah ???
Ye ke ??


Mesej kat sini bukanlah macam mesej ' Aku rindu padamu, Aku cinta padamu.' tu.
Ia adalah mesej yang menunjukkan sama ada molekul air yang kita minum tu baik atau tidak
kepada kita.


Berdasarkan 'penyiasatan' Dr. Masaru Emoto , beliau telah mengkaji bahawa different molecules 
terbentuk with different situations ( based on perasaan orang di sekeliling ). 


Ambek toh !


Berdasarkan kajian beliau , apabila diucapkan perkataan sayang , terima kasih , syukur dan
perkara-perkara yang mendamaikan , molekul air akan terbentuk menjadi bentuk kristal yang menawan !
Dan , molekul air ni juga akan bertukar menjadi buruk apabila diucapkan perkataan keji , fitnah dan dimainkan muzik yang keras.




Bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW :


' Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.'

< Riwayat Bukhari dan Muslim >
( Hadis sohih ni... )


Jadi , kalaulah kita nak molekul-molekul air yang ada dalam badan kita nih baik ...
Ucaplah perkataan yang baik ye !


Cara untuk memastikan bahawa molekul-molekul air yang masuk ke dalam badan kita
tu baik adalah dengan ~... :


1) Membaca ....




Sebelum minum air dan ...




Selepas minum 


2) Beri salam bila berjumpa dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.


As we know kan , salam ni bukan setakat dapat eratkan ukhuwah tapi .. 
dapat pahala lagi . So , kenapa nak lepaskan peluang ?!
Senang je cara Allah bagi untuk kita dapatkan pahala ni ... Alhamdulilah ~..
( Hukum memberi salam adalah sunat muakkad dan wajib untuk menjawabnya. 
Tapi , jika salam yang diberikan menepati syarat-syaratnya lah ye .. )


3) Bila kita dikeji dan orang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kita , JANGAN SERANG !


    Use perkataan yang lembut yang boleh melembutkan hati orang tuh.
It must be hard kan ? Tapi , orang yang paling kuat adalah mereka yang dapat tahan marah .
So, JOM JADI KUAT ! Macam Popeye .


4) Tidak memanggil kawan-kawan kita dengan panggilan yang buruk . 

 

Tersentuh bab nih kan .. Saya sebenarnya nak bagi teguran sikit .
    Sejak dua menjak tiga menjak , saya duk perhati.. perhati..perhati.. kan .
    Saya tengok junior-junior saya macam dah menjadi kebiasaan bagi mereka calling their

    friends by words bodoh , natang and banyak lagi yang saya rasa semua dah tau.
    For me , it's not proper lah . Especially for girls. It's just not suit with you .
Awak kan canteeeeeek. Perkataan pun mestilah canteeeeeek kan...


 Mak ayah dia bagi nama baik-baik maksudnya . Kita 
pulak duk bagi nama tak elok ke dia . Who are we ? 
Nama pendek kan ada . Just use that.


Besides that , kakak saya pernah kasi tau kalau kita panggil seseorang tu dengan panggilan tu .
As an example , bodoh. Sebenarnya kita 10X LEBIH BODOH dari orang yang kita panggil bodoh tu .
Balasan Allah mana kita tau . Siapa tau kalau time kita tengah exam , Allah tarik nikmat akal kita tuh .
Tak boleh jawab soalan . Tak lulus . Lagi-lagi kalau major exam. Tak ke haru ?

 
5) Selalu mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran,selawat dan nasyid-nasyid yang memuji Allah dan indah.
     ELAKKAN daripada mendengar lagu yang keras dan lirik yang merapu.



For this point pulak , kita boleh je kalau nak layan lagu-lagu nih .
Tapi macam yang ditulis , 'lagu yang keras dan lirik yang merapu' . So , kalau 

nak layan One Direction ke Simple Plan ke Adele ke 2PM ke takpe je . 
But , for my opinion lah kan, please don't Gangnam Style . It's just...... something .
Just avoid je . Banyak lagi lagu yang ada .


And , kalau nak pilih lagu especially kalau yang bukan Melayu . Tak kesahlah 
korea ke , english ke , chinese ke . Check dulu dia punya maksud .
As a 'langkah berjaga-jaga'.


So , that's all for this entry .
Btw , jangan lupa amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW
ketika minum ye .
Sunnah itu sunat . Sunat itu dapat pahala !
Siapa nak pahala ? SAYA ! ( version kanak-kanak riang )


Renung-renungkan dan selamat beramal !


Assalamualaikum .

Saturday, January 19, 2013

HADIRATUL QUDDUS


Assalamualaikum .



*hanya sebagai hiasan semata-mata*


Hadiratul Quddus ~..


Apakah ia ?
Adakah ianya satu tempat ?


Ya. Ia adalah satu nama perkampungan di syurga yang terletak di dalam Syurga Khuldi.
Syurga Khuldi merupakan suatu alam dan tempat yang hanya diketahui kedudukannya oleh Allah
SWT sahaja.


Diriwayatkan setelah semua manusia yang manusia yang layak memasuki syurga sudah memasuki syurga,
pada suatu hari yang ditentukan, Allah SWT memerintahkan Malaikat Jibrail untuk membawa ahli syurga ke Hadiratul Quddus. 


Apabila Malaikat JIbrail dan rombongan ahli syurga itu sampai ke pintu masuk Syurga Khuldi lalu malaikat yang mengawal pintu tersebut bertanya, ' Apakah bicara dan kehendak tuan bersama rombongan manusia yang ramai ini ke perkampungan syurga yang tidak pernah dijejaki oleh seorang manusia pun.'


Jibrail menjawab, 'Aku diperintahkan oleh Allah SWT, Pentadbir Seluruh Alam untuk menghantar tetamu-tetamu-Nya dari orang-orang yang bernasib baik, bagi menduduki Hadiratul Quddus.'


Setelah mendengar kata-kata perintah dari Jibrail , malaikat pengawal pintu syurga tersebut membuka pintu dengan segera dan membenarkan Jibrail dan kesemua tetamu Allah menuju ke perkampungan syurga Hadiratul Quddus, Malaikat Jibrail masuk ke dalam syurga lalu menuju ke satu puncak mahligai yang tinggi seraya berkata, 'Wahai Muhammad, masuklah tuan hamba bersama para nabi, para sahabat, dan sekalian manusia yang menjadi calon penghuni syurga ke taman Hadiratul Quddus ini untuk menikmati segala kemewahan yang telah dijanjikan Allah SWT dahulu.' Maka masuklah Nabi Muhammad SAW dan sekalian tetamu Allah SWT yang lain ke dalam taman itu lalu menaiki kenderaan khas yang disediakan.


Apabila mereka melalui jalan di dalam taman syurga itu , tiba-tiba berundurlah ke belakang dengan sendirinya segala pohon kayu kecil dan besar yang menghiasi taman itu untuk memberi hormat kepada rombongan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka diperlihatkan pemandangan taman yang indah lagi mengagumkan, melalui bangunan serta mahligai yang diperbuat dari emas,perak, batu delima dan lain-lain.




Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang bertaburan. Pada pintu setiap mahligai tersebut sudah pun tertulis nama penghuni yang bakal memilikinya. Manakala di dalamnya menunggu dengan wajah kerinduan akan para bidadari yang amat jelita, menunggu dengan penuh sabar akan saat pertemuan dengan suami mereka yang bakal menjadi penghuni dan raja di dalam mahligai tersebut.






Malaikat Jibrail membawa kesemua ahli syurga berkenaan berkumpul setelah beberapa lama mengelilingi Hadiratul Quddus. Untuk satu perhimpunan agung. Allah SWT memerintahkan Jibrail unutk membentangkan satu permaidani, maka duduklah para tetamu Allah itu berehat dengan penuh gembira dan selesa sekali. Seketika kemudian Allah SWT pun memerintahkan para malaikat, 'Berikan makan kepada waliKu.' Muncullah para pelayan membawa pelbagai hidangn istimewa.


Semakin banyak dimakan, semakin lazat rasanya. Setiap suapan tidak sama rasanya. Mereka terus menikmati hidangan makanan dengan sepuas-puasnya. Setelah makan , Allah SWT memerintahkan, ' Berikan minum pada hamba-hamba-Ku.' maka para tetamu Allah SWT tersebut diberi minuman yang rasa airnya bertambah lazat pada setiap teguk.


Setelah mereka menikmati jamuan pada 'hari pertama' mereka dikumpulkan, Allah SWT pun memerintah Malaikat Jibrail supaya menghadiahkan kepada mereka pakaian-pakaian syurga. Tubuh badan mereka disaluti pelbagai perhiasan yang amat baik dan terlalu tinggi nilainya. Setiap cincin yang dipakai oleh tetamu Allah itu tersurat kalimah-kalimah tertentu yang memuji kebesaran Allah SWT. Mereka juga dihiasi dengan mahkota syurga yang dihias dengan batu-batu permata yang bergemerlapan.


Allah SWT kemudiannya memerintahkan Jibrail untuk menghantar bauan harum untuk para tetamu. Maka muncullah seekor burung yang sangat ajaib rupanya dan terlalu cantik warnanya, terbang di dalam syurga sambil mengembangkan sayapnya mengelilingi kepala mereka. maka terperciklah bau-bauan yang sangat harum hasil dari sayap-sayap burung ajaib tersebut lalu merenjis pada tubuh dan pakaian tetamu Allah SWT.


Seketika kemudian , secara tiba-tiba muncullah sebuah mimbar yang diperbuat daripada Nur. Malaikat Jibrail mara di tengah manusia sambil membimbing tangan Nabi Musa a.s naik ke atas mimbar tersebut untuk membaca kitab Taurat.Nabi Musa memperdengarkannya dengan bacaan yang lembut dan jelas didengar oleh sekalian hadirin. Setelah itu, Malaikat Jibrail menjemput pula Nabi Isa a.s naik ke atas mimbar untuk membaca kita Injil.. Setelah itu , Nabi Daud memperdengarkan bacaan kitab Zabur dengan suara yang amat merdu hingga terpegunlah sekalian tetamu Allah SWT pada hari itu. 


Setelah itu , Malaikat Jibrail menjemput Rasulullah SAW naik ke atas mimbar untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dengan suara yang paling merdu dan tidak pernah didengar oleh manusia sebelum ini.


Setelah selesai pembacaan kitab-kitab suci yang pernah diturunkan oleh Alah SWT pada umat manusia, maka tiba-tiba terdengarlah satu suara paling merdu memenuhi ruang syurga yang terbentang luas itu.
Suara itu merupakan 'KALAM' ( perkataan ) Allah SWT sendiri yang pertama kali didengar oleh sekalian ahli syurga tersebut.


' Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu 
boleh meminta nescaya Aku akan berikan permintaanmu.'


Jawab ahli syurga,' Kami minta redaMu. Kami minta redaMu.'


Dijawab oleh Allah SWT, 'Aku reda kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, 
pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari 
semua yang telah kamu terima.'





Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat Zat Allah SWT yang Maha Mulia
sekehendak Allah SWT, maka segera mereka bersujud kepada Allah SWT sehingga Allah SWT menyuruh mereka, ' Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat.'


Maka di situ mereka lupa pada nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat yang lebih besar daripada melihat zat Allah SWTyang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali semerbak bau harum dari bawah Arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka, di atas ubun-ubun mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah sehingga isteri-isteri mereka berkata, 'Kamu kini lebih elok dari yang biasa.'


Sumber : Semai Benih-Benih Syurga ( Khairul Ghazali )


Semoga mendapat pengiktibaran dan galakan untuk terus beribadat dan
meningkatkan amal ibadat ke tahap yang lebih baik demi meraih ganjaran yang 
disediakan oleh Allah SWT di akhirat kelak . :)