Saturday, August 29, 2015

World

How to change the world when ourselves don't ?
How to change the world when everyone around you don't ?

How about to be the one who starts all over it ?

Malaysia need to be more progressive.

Progressive citizens.
Progressive nations.

Malaysia, I love you.

#selamatharikemerdekaan
#happynathionalday
#proudtobemalaysians


Friday, August 28, 2015

Lelaki

Siapa yang paling tak boleh kau percaya ?

LELAKI

Tbh, aku tak percaya lelaki.

Untuk dikatakan kenapa, 

Mungkin dengan amaran-amaran yang Ayoh pernah bagitau aku.
Dan mungkin juga, pengalaman mempunyai seorang adik lelaki yang agak 'digilai' membantu aku untuk menguatkan lagi prinsip aku tuh.

Macam mana aku nak ada suami kalau aku tak percaya lelaki ?

Well, aku percaya lelaki yang tak boleh dipercayai takkan berani untuk mengambil risiko.
Dan itu menyebabkan aku percaya pada mereka yang ada niat suci tu, datang ke rumah untuk melamar aku.

Mungkin tak berapa romantik.
Takpe, yang tu kita tinggalkan untuk lepas kahwin. 

Tapi buat para wanita, jangan hanya mengharapkan lelaki,
Ye, memang digalakkan untuk kahwin awal bagi mengelakkan maksiat.
Tapi, jangan terlalu bergantungkan kehidupan kau dengan lelaki.

Sebab hati manusia boleh berubah.

Lelaki tu manusia kan ?


Aberdeen,tunggu aku.



Tuesday, August 18, 2015

Dua Line

Hari tu Meghan Trainor nyanyi kat aku lagu Dear Future Husband.
Ikut radio.

Jadi, aku pun terbayanglah dear future husband aku.
Lalu, terukirlah puisi dua line ini..

Dear future husband,
Kau tak perlulah setinggi Park Min Woo..
Setinggi Ji Sung sahaja sudah mencukupi.


Haha.
Bahana tengah syiok dengan Kill Me Heal Me.

p/s: Ini sama sekali tidak bermakna aku sering memikirkan pasal kahwin.
Ilham turun time tu.
Like

Kebaboommmmm!

haha.

Enjoy your day. :)

Ma friends : TAKE NOTE !


Monday, August 3, 2015

Cover

'Woih, hang cover aku boleh dak?'
'Cover ape ?'
'Cover pahala hang kat aku.'

--------------------------------------------------------------------------------------------------


Don't judge a book by it's cover


Dan juga ...


Orang tak pakai tudung pun ade jugak yang hati dia baik.


Cliche dak ?


Tapi, buat zaman sekarang. COVER tu macam satu lapisan diri kau yang 
orang akan tengok sebelum diorang kenal kau.

Tak diragui yang cover yang tak cantik, kandungan dia cantik.
Tak diragui jugak cover yang cantik,tetapi kandungannya tidak cantik.

Tapi unuk meninggalkan tanggapan pertama atau first impression to others
is the main point in life for this time being.

Jadi diri sendiri tapi jangan sampai memalukan diri.
Jadi diri sendiri tapi jangan sampai melupakan perintah Tuhan pencipta diri.
Jadi diri sendiri supaya nanti, syurga tempat mu berdiri.









Sunday, August 2, 2015


Deep down, ada tajuk yang ingin dibicarakan
Tapi, idea ni tak muncul-muncul pulak sekarang 

Disebabkan perasaan nak menulis tu tinggi,
confession ini telah ditulis.


Sekian, Terima Kasih.
Wasalam. :)

#hashtagIKHLAS



Orang yang awal dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya,' Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?'
Dia menjawab,' Aku telah berperang kerana-Mu sehingga syahid.'
Allah berkata,' Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau mahu dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan kepadamu.'
Lalu diperintahkan agar dia dihukum,diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam api neraka.Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya,' Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?'
Dia menjawab,'Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu.'
Allah berkata,'Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu.'
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri.
Allah bertanya,' Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?'
Dia menjawab, ' Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telahpun menderma padanya kerana-Mu.'
Allah berkata,' Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan suoaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu.'
Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka.


(Riwayat Muslim)