Tuesday, October 27, 2015

Riak

Kerana lalai aku riak
Kerana nafsu aku riak

Kita semua manusia
Ada cacat cela
Jangan disanjung ustad yang ada nama 
Yang disangka tiada dosa
Kerana dia juga manusia

Jangan dikutuk mereka yang berdosa
Kerana taubat sentiasa terbuka
Jangan sampai mereka ke syurga
Dan engkau ke neraka

Hati
Itu kuncinya


Jaga hati. 
Bersama ambil manfaat. 


Wednesday, October 21, 2015

Graduation Day

For my graduation day,


Don't give me flowers,
Don't give me chocolate,
Don't give me teddy bear.

Give me my family.
Because they are my truly flowers.

And that day,
Is my day
For them 


After all, Happy Graduation Day !

Saturday, October 17, 2015

Van der Wijck

Kebahagiann yang paling mahal adalah kebahagiaan cinta.



Ya.
Alangkah indah jika cinta itu dapat dirasa
Dapat diteka
Dapat dikata

Tapi adakah cinta itu bermakna
Jika hanya diusaha
Dengan sebelah pihak saja

Allah telah mengurnia
Segala semampuNya
Tapi adakah kau bersyukur

Usahakanlah
Allah selalu ada
Allah tidak pernah lupa
Allah tidak akan pernah meninggalkan kita

Bicara ini
Bukanlah bermakna memuji diri
Berkata akulah si alim dan baik hati
Mendabik dada membanggakan diri

Tapi bicara ini
Adalah untuk mereka seusia ku
Mereka yang perlukan arah tuju
Untuk bangkit dan maju.


p/s: Dengan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Aku jatuh cinta terhadap bahasanya
Begitu indah dan mempersona
Bukan pada disoalkan cinta
Tapi cinta pada agama
Dan bangsa.




Thursday, October 15, 2015

Aku

Sape aku ?

Aku adalah seorang yang sangat percaya yang aku ni unik.
Seriyes. Aku memang pegang kata-kata tu.

Mungkin, 
ada orang yang sebijik muka dia macam aku.
Tapi mungkin, dia takda tanda lahir sama dengan aku.

Mungkin,
ada yang sama perangainya macam aku
Tapi bukan semua perangai kami sama.

Sebab tu aku percaya aku unik.
Dan aku percaya yang aku akan dapat capai apa yang aku nak.

Cuma mampu atau tidak yang selalu membuatkan aku berfikir.

Tapi sekali lagi aku pikir,
Aku Unik.

Dan aku akan berusaha untuk itu.



p/s: Aku optimis. Dan aku berangan nak tulis buku apa effect being optimis terhadap kejayaan aku.
Sebab aku percaya. Aku akan dapat. 


Wednesday, October 7, 2015

Kaabah

Tadi, aku ditanya oleh seorang kawan non-muslim.

'Apa itu Kaabah?'

So.. aku pun menjawabnya dengan kata 'Kaabah adalah satu arah yang kami umat Islam TUJU untuk solat. Dan bukan menyembah.'

Ye. Aku amat tekankan perkataan BUKAN MENYEMBAH tu.
Sebab kadang tu, Islam sendiri pun macam konfius.

Then, he asked me again.
'Jadi itu Kaabah you boleh bawak pegi mana-mana lah ? You letak depan masa nak solat and sembah?'

Aku tak kisah.
Seriously, glad to share about Islam to other races.
In the same time, berdakwah.

So, I said.
Kaabah ni there is ONLY ONE.
Kitorang tak bawak depan dan sembah.
Kitorang ada kiblat. Dan kiblat tu adalah arah untuk kitorang solat menghadap Kaabah.

Masa beritahu dia yang Kaabah ni ada satu je.
Aku terdetik, 'Weyh, Kaabah ada satu je !'

Yeah. Terkejut.
Aku baru perasan yang selama ni aku duk menuju ke salah satu benda yang ada kat bumi ni satu tu je.
Allahu. Lagha betol hati selama ni.

Dan dengan pengetahuan aku yang 'baru' ni aku terpikir.
So, that's mean. Aku pun special ?

Jawab sendiri.
Special ni objektif.
Macam cantik. 

Monday, October 5, 2015

Pegang

Pergi majlis kahwin.
Dia pasang lagu My Mother - Sami Yusuf

Sampai part,

'Who should I think most of ?
After Allah
And Rasulullah'

Terfikir berangan aku yang hari tu.
Kenapa tak pimpin tangan ibu ek ?
Kenapa berangan pegang tangan husband yang entah ada ke idok kat dunia ni..

Hmm.. Betapa hati dah teruk dek kerana salah diri sendiri.

Tapi, boleh je.
Tangan kanan pegang suami, tangan kiri pegang ibu.

Amacam ? hehe..