Friday, November 27, 2015

Jangan tengok - Tengok

Don't look someone at their past.
Look to the current and future.

You never know how good they will be

Don't look at someone appearance to say whether they good or bad
Look at their akhlak.

As some of them, who have torn shirts but not hearts.

Your eyes is yours.
Your mouths is yours.
But, it's also Allah's.

Spread good.
Be good.



Friday, November 20, 2015

Kenapa?

Kenapa kamu mahu menikah ?
Kenapa kamu mahu berjaya ?
Kenapa kamu mahu masuk universiti ?

Persoalan ini ditanya kepada diri sendiri pabila diluahkan oleh Ustazah Isfadiah.

Terpikir sendiri apakah tujuan asalnya ?

Paling terasa dengan soalan

'Kenapa kamu mahu menikah ?'

Haha.
Ya.
Sebagai seorang yang dah meningkat umur ni.
Memang persoalan tu selalu timbul antara kawan-kawan.
Dan diri sendiri.

Crush. Suka. Cinta.

Tapi cuba direnungkan balik.

KENAPA kamu suka dia ?

Dan..

KENAPA kamu mahu menikah ?

Dan bila kamu lelah untuk study ?
Berjuang untuk agama.

Ingat kembali..

KENAPA kamu study ?




Dan semuanya...
Akan berbalik pada yang hanya satu

DIA.




Saturday, November 14, 2015

Hidup

Last day of midsem break

Segala fikiran tentang assignment, test dan kerja-kerja telah mula merusuk masuk ke otak
Ye. Semuanya.

Jiwa terasa berat
Diri terasa longlai
Jiwa masih ingin berseronok
Stress-free dan penuhkan dengan hilai tawa

Tapi diri juga tau
Yang cuti bukan selamanya
Kerana segalanya bakal bermula
Bermula esok dan selamanya

Hidup ni satu perjalanan.
Menuju redha Tuhan.
Hidup ni satu persaingan.
Menuju kemajuan.

Aku terpikir, banyaknya tanggungjawab
Beratnya amanah
Malas selalu menguasai diri
Memberikan tekanan pada diri

Tapi adakah bererti hidup
Jika hanya dipenuhi dengan hilai tawa
Tanpa mengenal penat lelah beberapa ketika
Kerana pengajaran terdapat padanya


p/s: Hidup ni realiti. Bukan angan-angan.
Tapi bukan dikatakan yang angan-angan itu tidak wujud
Kerna syurga itu ada

Dan, angan-angan kita untuk ke sana sentiasa membara



Wednesday, November 11, 2015

He's PERFECT

Best bila mendengar sang ibu bercerita tentang kejayaan anak-anak dia.
Di situ di sana anaknya belajar
Amerika, Timur Tengah dan Asia.
Wahh,, Bangganya dia seorang ibu.
Seperti, dialah ibu terbaik di dunia.

Yeah.
Manusia ada yang beruntung.
Tapi betulkah itu sekadar 'beruntung'?

Pernahkah kamu lihat dia berusaha ?
Bagaimana tekadnya untuk menggapai cita-cita.
Dan sekarang, dia memperolehnya.

Tapi duhai dia, janganlah membangga.
Sedarlah,
Tiap benda itu ujian sementara.

p/s: Buat diri yang begitu pemalas hari ni,
Yakinkah kau yang Allah akan letakkan kau kat tempat yang kau nak
kalau usaha kau cincai-cincai ?

Allah put you there
Go for it!

Allah tau bila masa yang paling perfect !
Sebab Dia pun PERFECT .



Saturday, November 7, 2015

Ujian

Ujian bukanlah dikatakan pada setiap musibah yang menimpa.
Tapi tiap ketika.
Selama matamu dibuka
Selama nafasmu dihela

Hati
Mohon kuat
Mohon jangan mengelat
Allah ada setiap saat
Walaupun kamu sesat

Diri
Jangan lari
Jangan jauh dari Ilahi
Kerana Dia sumber kekuatan diri



Tuesday, November 3, 2015

Kuasa 'mati'

Tidur.
Kadang tu dia macam magik.

Paaap!

And terus 'mati'.

Aku suka tidur.
Believe me, ade orang tak suka ?
Mungkin orang tu bukan spesies tak berapa rajin macam aku kot.

Tapi, there is also good effects part tidur ni.

Mostly, untuk aku, aku akan tidur bilamana aku perlu untuk tidur.
Yang biasa-biasa 5,6 jam tu.

Or

Time ak stress out sampai satu tahap yang tak boleh nak sabar nak bukak mata.
Aku ada satu tahap di mana bila aku stress, segala pemikiran 'ter'masuk dalam pikiran.

Sampaikan kenapa Upin & Ipin tak besar-besar sampai sekarang pun termasuk jugak dalam pikiran.
Yes. Masa tu macam sel otak ni berhubung dengan tahap yang paling ekstrem.
Sampaikan aku takleh nak digest satu-satu.


And.
That is pabila tidur is the right thing to do.
Nak bagi sel-otak ni berhenti buat kerja.
Sama macam aku.


p/s: Adakah aku minum susu Essential zaman kecik-kecik dulu ?