Sunday, December 27, 2015

Short

Cuak dengan exam esok.
First paper.

But, one said..

'Niat molek, Allah akan tolong.'

Miss her.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Harinya seperti jauh sekali rasanya.
Bulan 4.
Masih jauh lagi.

Ya Allah, sempatkanlah kami.

Tuesday, December 22, 2015

Al - Infitar

Apabila langit terbelah

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu- (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

(Mereka adalah makhluk)  yang mulia (di sisi Allah), lagi dituliskan menulis (amal-amal kamu);

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah; untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya : orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.

Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya,) tidak ghaib daripadanya.

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu ?

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

----------------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan terasa seperti surah ni terlalu sempurna untuk amik satu-satu.
So ni dia

Satu surah al-Infitar.
Surah ke-82.

Betullah.
Allah tak pernah tinggalkan kita.
Saat kita leka dengan dunia.
Dia sampaikan peringatan.
Melalui ayatnya.

Sungguh.
Dialah yang Maha segala-galanya.

p/s: If want more, you can refer on Surah 'Abasa.
In sha Allah. Moga membantu.

And..
Glad that I came across this surah in my recitation tonight.
And yes.
More glad that I can share this with you.
Even there's only small number that read my blog.
Sokay.

Allah look on the deed.




Saturday, December 19, 2015

Hero

Hari tu pasang satu video.
Terus teringat pada hero aku yang satu tu.
Yang aku memang jatuh cinta since sekolah menengah sampai sekarang.

Ya Allah.
Tanggungjawab dia.
Takut dia pada Allah.
Kasar pada luar tapi lembut pada dalamnya.

Teringat pada kisah,
isterinya berleter,
Tapi dibiarkan isterinya berleter,

Dikatakan:

'Biarkan sahaja dia berleter. Sedangkan itu hiburan padanya.'

Teringat juga pada satu kisah yang lain,
Saat ketika bertemunya dengan ibu yang sedang mengacau periuk yang mempunyai air.
Untuk dikatakan supaya makanan sedang dimasak kepada anaknya.

Dia bahkan pergi ke tempat simpan makanan di bandar,
Dan memberikan sendiri makanan tersebut kepada si ibu tadi.
Dia juga menyiapkan makanan buat mereka.

Ya Allah.

Begitu juga hero aku yang kedua.
Sama telatahnya.
Keras di luar, lembut di dalam.

Tawanya ya Allah.
Takde semanis itu.
Takde seikhlas itu.

Saat peluknya mengelilingi aku.
Hanya Tuhan yang tahu betapa bangga aku dapat menggembirakannya.

Saat aku perlu belajar ke luar negeri,
Dihantarnya aku sehingga ke bilik.
Di saat orang lain sedang mengemas barang-barang aku.
Dia tertidur.
Kerana tidak sihat.
Lucunya dia.

Di saat ingin melepaskan aku pergi,
Berjujuran nasihatnya.
Sekali dengan air matanya.
Dengan harapannya.

'Jangan jadi macam Ayoh. Belajor betul-betul.'

Setiap kali tegurannya.
Setiap kali ayat tu disebutnya.

Setiap kemahuan anaknya dituruti.
Tiada pilih kasih.
Semua sama rata bak katanya.
Tapi, setiap kali diberi barang kemahuan kami.
Setiap kali tu dituruti dengan ayat..

'Ayoh dah bagi apa yang korang nak. Jadi, nanti kena bagi apa yang Ayoh nak.'

Dan setiap kali ayat tu disebutnya,
Hati berdebar.
Jantung berdegup.
Memikirkan sama ada dapatkah aku memenuhinya?

Mungkin aku tak dapat menjadi anak yang terbaik.
Tapi aku mempunyai peluang untuk menjadi anak yang terbaik di akhirat.
Untuk bantu hero kedua aku.


*Gambar dikirimkan khas oleh mentor uni aku.
Yeah. Dia baik. :)

Thursday, December 17, 2015

Hope

Kenapa dirasakan bicara itu benar ?
Kenapa dirasakan seakan ianya betul-betul terjadi ?
Walaupun dikatakan bukan.

Tapi hati ini tetap mengiyakan.

Ku bimbang.
Ku resah. Gelisah.

Once said,
'Dont worry. Dont lose hope.'

----------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.
In sha Allah. Cinta pada komuniti di seberang dunia sana akan dapat dikotakan.

Alhamdulillah atas kurniaan Tuhan.
Peluang yang diberikan,

AADARAYA SRI LANKA

May this mission gives lot of inspirational things to me.
To learn.
To thankful for.
And to help.


May Allah ease everything.
#takkangiveup
#taknakgiveup
#menujuplanbulan4

Friday, December 11, 2015

Lawak

Ingin ditulis pasal cinta.
Tapi takut dilabel, 

'Gedik,'

'Takde benda lain ke ?'

'Ni semua pengaruh tv?'

Kenapa perlu dikesah wahai diri ?
Siapakah tuan punya blog ni ?
Mereka atau engkau wahai diri ?

Lawak bila difikir tentang manusia.
Takut dikritik.
Takut menjadi diri sendiri.
Haha..
-------------------------------------------------------------------------------------

Cinta.

Moga cinta pada komuniti ni akan tercapai.