Monday, December 12, 2016

Madinah dan Maulud

The day I walked around Masjid Nabawi and had been closest to Prophet Muhammad (as Ustazah said that one specified spot), I will surely never forget the feeling.

Also the part where I felt it was getting darker around me when this ceiling were going to close. And yeah, this picture was snapped!

The peace in the crowds.
The kindness you receive from others.


( Pernah jadi tukang kasi air zam-zam dekat jemaah Masjid sebab duduk sebelah tong air zam-zam, and I never regret I did that. And that 'syukran' smile from one Mak Cik.)


Salam Maulidur Rasul.

---------------------------------------------------------
If I am being asked, which year I want to treasure it all once again?

I'll say, 2016.

Great memories.
Great experiences.
Great time with
Great people

Thanks for being really nice to me 2016.


p/s: Thanks to you (Yes you yang perasan you !) because of your post about Madinah make me miss there and finally writing up for this entry ( I just copied it from my Facebook. huhuuu)

Saturday, December 10, 2016

Seorang

Bila kau rasa sedih.
Sebab takde yang hulurkan sokongan
Takde si peneman yang selalu dengan kau

Bila kau rasa dikhianat
Sebab yang selalu di sisi kau
Akhirnya mereka bertindak di luar pikiran kau

Ingat
Hidup kau cuma ada Tuhan
Harapan kau cuma pada Tuhan

Ingat
Mungkin ada perselisihan faham
Antara kau dan mereka
Tapi, selagi apa yang nak kau perbuat bukan kesalahan
Teruskan perjalanan
Dan mohon berterusan
Selagi kau mampu bertahan

Ingat
Hidup ini berseorangan
Kerana mati juga berseorangan
Tapi, untuk berkumpul di Jannah itu satu harapan
Yang diharap dan didoa agar dimakbulkan




Saturday, August 6, 2016

Judgement


Judgement can kill.


Kalau disalah ertikan dan dilontarkan pada orang yang salah.
Ia sememangnya boleh membunuh.

Jadi, boleh aku panggil kau pembunuh ?
Ada hukuman untuk kau ?
Mungkin akan ada.
Aku harap akan ada.
Biar manusia cuba berhenti menghakimi orang, menilai mereka yang tidak sempurna di mata dia
Padahal sudah cukup sempurna bagi sesetengah yang lain.

Kau penting diri.
Kau ingat dunia ni kau yang punya ?
Kau ingat dunia ini boleh mengikut peraturan kau yang sendiri tak punya apa.
Yang cuma ada dua batang kaki
Yang memasak di bumi
Tapi sayang,
Bukan hati.



p/s: Spread positive vibes guys. If you don't meet one, then BE ONE

Sunday, July 31, 2016

Brussel Sprouts dan Leeks

Untuk semester dua, asas penyediaan makanan adalah salah satu subjek wajib untuk aku.
Jadi, kitorang harung setiap minggu dengan lab dari bahagian potong-potong sayur sampailah baking.
Bila dah makin menjengah ke akhir semester, lab makin habis lambat. 

Tapi, point utama aku bukanlah pasal lab yang lama.
Tapi pasal brussel sprout dengan leeks.

Time exam hari tu, ada satu soalan yang aku confuse sampai ke hari ni.
Dan memang aku ingat sebab mi goreng enak tersedia lepas aku jawab soalan tu.

(Soalan tu soakan objektif. Yes ! Bukan setakat soalan objektif, soalan true false pun kau takkan boleh jawab KALAU TAKDE cukup ilmu d dada. Aku ni ilmu banyak kat kitab)

Jadi adalah satu soalan :

Between those listed below, which one is not included in cabbage-family:
A. Leeks
B. ...
C. ...
D. Brussel sprout

So, aku pun confuse lah antara leeks dengan brussel sprout tu..

Dan aku jawab A.

------------------------------------------------------------------------------------

                       
                   Brussel sprout                                                          Leeks


Sebelum aku nak tulis entri ni, aku ter'search' lah pulak yang mana satu leeks yang mana brussel sprout tu.

Dan sekarang aku dah was-was balik betul ke jawapan aku A.


Babe,aku dah  TAWAKAL.

Wednesday, July 27, 2016

Terima Kasih

Cerita ni dikisahkan oleh sepupu aku yang sedang bekerja sebagai MO (Medical Officer).
Ni bukannya trilogi ataupun kesinambungan ataupun seumpama Descendants of The Sun yang dilakonkan oleh Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo.
Diorang tak datang Terengganu pun untuk berlakon.
Ni cuma cerita yang aku sendiri yang dapat pengajaran dia dan ingin kongsikan.

Sepupu aku,Along,dia bekerja di wad O&G (Obstetrics & Gynecology) dan sedang mengandung.
Dia cerita dekat aku tentang bagaimana dia berlari ke situ ke mari bila dalam keadaan kecemasan ( bayi yang dilahirkan lemas, tali pusat terikat di sekeliling tengkuk).

"Lepas tu Along lari lah ?" tanya aku.


"Yelah, larilah. Masa tu kita dalam keadaan kecemasan. Memang tak sempat fikir pasal diri sendiri sebab nak selamatkan nyawa orang lain." jawab Along.


"Tapi kan, masyarakat kita ni kurang berterima kasih." sambung Along lagi.
"Memang betul, apa yang kitorang buat tu adalah kerja kitorang dan kitorang bukannya mengharapkan apa-apa. Cuma kalau dengar orang ucap terima kasih tu, lagi semangat kitorang rasa nak kerja. Rasa macam dihargai atas segala yang kitorang buat. Banyak benda yang kitorang korbankan sebenarnya. "


Semua kerja perlukan pengorbanan.
Berkorban ni tak mudah.
Dan kerjaya sebagai doktor ni bukan seindah yang dilihat, 
Semudah yang ditatap.
Apa salah, kalau kau bermadah, 
Dengan hanya ucapan ringkas Terima Kasih atas segala penat dan lelah.

------------------------------------------------------------------------------------

Aku risau sebenarnya bila dengar Along lari-lari..
Dan aku sampaikan kerisauan aku ni dekat ibu aku.

Ibu kata,
"Takpe, Allah tolong orang yang tolong orang ni." 
Ibu senyum.


Photo credit: Auni Afifah Ismail

p/s: Aku tau gambar tu nampak cantik sebab ada tangan aku kan ?

Thursday, June 30, 2016

This person

But, the future of a person lays on he/she own decision.
Come from deep thinking.
And lots of reasons.
So, what gives us a 'kelayakan' to say either it is a right or wrong decision ?
(Obviously, this is not for the wrong or bad or dilarang agama part and semestinyalah kalau dia dah hancurkan diri sendiri kita kena take action. And this is nothing to do with that part of category)

When does it say taking a career other than doctors and engineers are wrong ?
When does it say studying near from your hometown is wrong and outside of your hometown is right?
Every person must be have it's own personal reason.
Which you do not need to be questioned. 
Only support.

I am taking as this person made a mistake by asking me that question.
But still, I can't manage it. This really hurt me,deeply.
Because I have my own reason.
Which you don't know.

I am sorry because I'm not being as any student of yours which are really genius and am pursuing studies in every part of the world.
I wish the best for them as they are also my friends.
But, just step out from my life if that is what you think about me.
Because I really have my own specific reason for staying here.

Chance

Beginning is not the end.

Seriously I can't tell why Allah had arranged me to meet my primary school friends so frequently this year. With different person each.
Haha.. Too many times compare to other previous years.

And this meetings keep on teach me that beginning is not the end.

All of these my friends, might not be the best student in school before, but now, each of them succeeds in every career they have.
One is now a chef at a hotel. Already owns a house. At 21!
(Yeah, seriously. I'm just too proud of him)

Another one is having practical at another hotel for a chef's position.
And another is on semester break, currently a student of UNIMAP.

The world is wide my dear people.
So wide till you can;t predict what happen to others.
So do the sustenance (rizq or rezeki).
How bad you are in the beginning, will never decide bad for your ending.

Every living has the chance.
So do you.

Since, you are still alive.


photo credited to: Auni Afifah Ismail

Wednesday, June 29, 2016

Just Feeling

Feeling to write

Everyone is a living star.
Obviously, we are alive, right ?
Still, I mean.
I suppose there's no dead people are reading my blog.
Haha..

The blog has been in a quite serious mood with all those own-puisi-yang-bajet-best recently.
Kind of missing the old posts.
With the excitement, happy mood.
Well, life is not an easy journey I guess.

Yeah, you're right. 

Oh My Rabb, seriously I'm so tired with all the assignments, tests and ME.
Yeah,me. 

Monday, June 20, 2016

Hari Jadi

Haha..
Serius tipu kalau cakap tak ingat birthday sendiri
Tipu kalau tak berangan tetiba ada orang buat surprise.
Haha.. Shame on me.

Tapi, tahun ni tak berapa nak terasa sangat birthday nya tu.
Mungkin sebab baru habis paper hari ni (20 Jun).

And serius, aku bukan tergolong dalam kalangan mereka yang rajin.
Serius malas tahap yang amat.

Tahap malas dia tu kadang tu sampai lupa apa function aku hidup
Hingga membiarkan sahaja masa berlalu
Meninggalkan aku
Dengan perbuatan yang tak menentu

Dengan umur yang 'baru',
Mungkin memerlukan pandangan yang mengikut waktu
Mengikut umur yang semakin bergerak
Dari detik ke detik selalu berganjak

Wahai diri,
Moga kau kuat,
Melayar hidup yang bergelojak
Dengan ujian yang penat,
Takpe, kau ada yang Maha Kuat.


Selamat Hari Jadi Wahai Diri

p/s: For all those wishes, thank you so much. You all make me smile sorang-sorang tengah malam even tadi habis paper pun takde smile cenggitu. @>

Wednesday, June 15, 2016

End

Life get no end.
It's never the end till it's really the end.

..
..
..


Unless, you are going to exam in 1 minute and you haven't prepared.
That is TOTALLY the end.

Monday, June 6, 2016

Hati Kena Batu

Hard ?
Yeah.High-level.

But, one thing I know.
I am not alone.
For Allah, always be there.
And, never give up.
For Allah, there always possibilities.

Till then, I am progressing.

Saturday, May 21, 2016

Buku baru

Sekarang
Buku lama sudah tertutup
Buku baru dibuka
Dibuka dengan diberikan peluang dikabulkan doa
Baiknya wahai Tuhan

Sekarang
Buku lama telah dihantar
Buku baru sedang dihampar
Untuk mencatit
Tindak tingkah
Pada masa depan yang gelap atau cerah

Sekarang
Kau masih hidup
Kau masih bernafas
Tuhan berikan kau peluang
Untuk terus berserah
Pada Dia yang megah
Oh Tuhan aku berserah



Thursday, May 19, 2016

Knowledge

Ilmu

Ya.
Dalam mengejar tarikh peperiksaan
Kadang terlupa apa tujuan belajar
Apa tujuan menelaah

Dan kadang tersalah tajdid niat
Sampaikan kau baca sekadar baca
Baca hanya sekadar di mulut
Bukan di otak dan hati

Mungkin sebab tu kau tak boleh jawab exam ?

Dah salah tajdid niat ?
Takpe. Betulkan balik.
Fikir apa kau boleh buat dengan ilmu tu.
Fikir apa inovasi yang kau boleh buat untuk masa hadapan
Fikir apa ilmu tersembunyi dalam setiap ciptaan Allah

Sekarang tengah malas.
Report banyak lagi.
And aku mencuri sedikit masa.
Recharge balik semangat dalam diri.

'Ya Allah, esok dah test tapi tak habis lagi!'
Fighting ! *muscle Popeye*

Saturday, May 14, 2016

Otak Punya Game

Some say love is something that motivates you.
Encourage you to go through all the battle.
Any kind of battle.
Even your heart are strongly saying 'No!'
But it is contradiction to your will. Your love.
Your BRAIN actually.

Follow your brain.
Because now, it is a battle of psychology.
Of you. Towards yourself.
You can do it gals !



p/s: Cintaku bertaut di Madinah

Yes. I AM missing Madinah.

Thursday, March 17, 2016

Tempuh

Cakap nak travel kan ?
Nak ala-ala 'Travel and take photo' kan ?

Jadi sekarang, ni yang kau kena tempuh.
Memang susah.
Akan susah.

Tapi, ganjaran yang besar menunggu.

Grindelwald, tunggu aku.

Selain Grindelwald, kalau kau datang propose dulu.

Nanti aku istikharah. :)


Food technologist
MisikeGrindelwald
Travel and take photo
Nothing is impossible when it comes with effort 



Thursday, March 10, 2016

You know at the end,
Everything just go back to its place.
One by one.


Thursday, February 25, 2016

Balance

Hidup ni kena balance.

Balance dunia akhirat
Balance appearance dengan intellectual.

Jangan lebih hanya pada dunia,
Tapi akhirat ditinggalkan.

Jangan pulak lebihnya hanya pada akhirat,
Dunia ditinggalkan.
Sebab dunia tu jalan untuk ke akhirat.
Macam mana rupa destinasinya kalau perjalanan pun lintang pukang ?

Serius, belajar ni susah.
Paling susah, bila perasaan malas ambil alih dalam diri.

Sesetengah orang cakap, medic paling susah.
Ye. Aku pun cakap macam tu.
Tapi, belajar mana-mana pun susah.
Belajar pasal makanan pun susah.
Belajar pasal memasak pun susah.

Semua susah.
Sebab nak dapat yang senang kena dapat yang susah dulu. (*noted untuk diri sendiri)

p/s : Kita boleh claim hati kita milik seseorang.Tapi, hati kita yang sudah sedia milik Allah kita buat macam bukan. Siapa yang patut kita sandarkan hati kita dulu ?

Risau pasal jodoh ?
Kalau betul Allah izin kau ada jodoh dekat dunia ni, akan sampai jugak jodoh tu walaupun kena sekat kat imigresen ke bila nak terbang datang sini jumpa kau.
Walau beribu batu jauh pun, kalau dia dah untuk kau. Sampai jugak.
Jangan risau.

Jadikan dulu hati kau tu milik Allah.
Baru Allah hantarkan orang yang hatinya milik Dia jugak untuk kau.
Fair kan ?
Tengok siapa yang buat kerja. Allah kan.




Am Planning To Fail

Kenapa planning to fail ?
Sebab aku fail untuk planning.
Planning tentang hidup.
Planning tentang apa yang aku nak.

Aku terlalu macam berserah pada takdir.
Aku terlalu kurang perasaan 'eager' untuk buat sesuatu, sampaikan aku dah takde pape untuk buat.
Untuk jadikan tu satu matlamat untuk aku capai.

Aku suka buat kerja separuh jalan.
Selalu tak bersemangat.
Selalu tak percaya pada diri.
Sebab aku masih tak nampak.
Betul ke aku mampu.

Ye. 
Kata lainnya..
Kurang keyakinan.

Aku tak sedar.
Aku ada Ibu.
Untuk aku banggakan.

Aku selalu berharap dapat banggakan Ibu aku.
Tapi, apa yang aku buat ?

Main phone
Main komputer
Duduk lenggang kangkung

Tu dapat bantu Ibu aku ke ?

Aku nak jadi seseorang.
Untuk agama aku.
Untuk keluarga aku.
Biar keluarga aku bangga dengan aku.
Untuk negara aku juga.
Sebab aku sayang negara aku. 
Jauh dalam hati aku.

Tapi, aku malas.

Macam mana aku nak tolong ?


Monday, January 18, 2016

Happy Ending

Betul ke yang semua akan happy ending ?

Aku tak tahu semua perempuan ataupun setengah je..
Tapi, bila perempuan tu duk melayan cerita.
And when it comes to an end, some akan berangan.
Me includes.

Haha...

Life will not turn out everything to an happy ending. In this dunya.
But in sha Allah of course, in the akhirah.

Jadi, kalaulah apa yang kita harapkan tu tak jadi.
Takpe.
Allah tau yang lebih baik.
Sebab Dia Maha Mengetahui.
Dan Dia Maha Melindungi.

Dan, Dia nak pelihara kita.
Di akhirat.

Sakit sekejap di dunia takpe.
Jangan sakit sekejap di akhirat.

p/s: In sha Allah, aku akan berkongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat dari satu seminar mengenai tafsir Surah Yusuf. Cerita-cerita dia di sebalik surah tersebut. In sha Allah akan sampaikan sebaik mungkin dan moga-moga kuat untuk istiqamah dalam menyampaikan. 

May Allah gather us in Jannah. 

Tuesday, January 12, 2016

Membetulkan

Apakah kamu boleh menjaga seseorang 
jika kamu masih belum mampu menjaga dirimu sendiri ?

Apakah kamu boleh mendidik seseorang
jika kamu masih belum mampu mendidik dirimu sendiri ?

Betulkan diri kamu dahulu.
Jika sudah kukuh,
Carilah orang yang boleh membetulkan lagi dirimu.
Dan kamu juga boleh membetulkannya.



Friday, January 8, 2016

Waktu

Hati rasa kosong
Sangat kosong

Dan saat tu jugak kau seperti
tak tahu nak buat apa
tak tahu nak cakap apa
tak tahu nak respons macam mana

Dan saat tu
Kau sebenarnya buntu waktu

Ye.
Aku perlukan waktu

Saturday, January 2, 2016

Little Stars on Earth

Stars.

Yes. 
Everyone is a star.
Which means there is something, something inside he/she 
that made him/her DIFFERENT from others.

Certain people are gifted.
But EVERYONE is a gift.

Whatever you are.
Whoever you are.
Wherever you are.

You are a GIFT.

From He.
To us.

There's must be something incredible values within you which make
Allah had honored you to become a person in this world.
This dunya.




Taare Zameer Par
Little Stars on Earth.

Friday, January 1, 2016

2016

Dah 2016.
So, aku dah 21.

21.

21!!

Haha. How time flies.

Untuk 2015 aku.
Mungkin macam tak banyak yang dilakukan.
Tapi pada akhir 2015, aku mula untuk tanamkan azam untuk bantu komuniti.
Bantu mereka yang memerlukan.

Sebab we make a life by what we give.
Giving ni the best feeling tau.

Macam contoh kau masak banyak-banyak.
Then, orang makan habis semua makanan kau masak.
You will really feel the joy.

SANGAT HAPPY !

2015 aku lagi...
Finishing my first year in UMT and starts on second year.
As food technology student.
Sometimes, I'm a little bit afraid of the amanah of being these course student.

Amanah to Allah.
To people around me.

Belajar ni susah.
Mana-mana kau belajar semua susah.
Tapi, believe, kau ada Allah.

And yes. I really put my trust on Him.

-------------------------------------------------------------------------------------------

So, untuk 2016 pulak...

Aku harap segala plan untuk 2016 berjalan lancar. In sha Allah.

Aku harap aku belajar dari kesilapan aku sebab manusia yang bodoh ialah manusia yang jatuh pada lubang yang sama dua kali.

I want to be the best of me. In being a solehah daughter, good student and most important, a better slave of Allah.


May Allah ease your 2016 journey.