Thursday, February 25, 2016

Balance

Hidup ni kena balance.

Balance dunia akhirat
Balance appearance dengan intellectual.

Jangan lebih hanya pada dunia,
Tapi akhirat ditinggalkan.

Jangan pulak lebihnya hanya pada akhirat,
Dunia ditinggalkan.
Sebab dunia tu jalan untuk ke akhirat.
Macam mana rupa destinasinya kalau perjalanan pun lintang pukang ?

Serius, belajar ni susah.
Paling susah, bila perasaan malas ambil alih dalam diri.

Sesetengah orang cakap, medic paling susah.
Ye. Aku pun cakap macam tu.
Tapi, belajar mana-mana pun susah.
Belajar pasal makanan pun susah.
Belajar pasal memasak pun susah.

Semua susah.
Sebab nak dapat yang senang kena dapat yang susah dulu. (*noted untuk diri sendiri)

p/s : Kita boleh claim hati kita milik seseorang.Tapi, hati kita yang sudah sedia milik Allah kita buat macam bukan. Siapa yang patut kita sandarkan hati kita dulu ?

Risau pasal jodoh ?
Kalau betul Allah izin kau ada jodoh dekat dunia ni, akan sampai jugak jodoh tu walaupun kena sekat kat imigresen ke bila nak terbang datang sini jumpa kau.
Walau beribu batu jauh pun, kalau dia dah untuk kau. Sampai jugak.
Jangan risau.

Jadikan dulu hati kau tu milik Allah.
Baru Allah hantarkan orang yang hatinya milik Dia jugak untuk kau.
Fair kan ?
Tengok siapa yang buat kerja. Allah kan.




Am Planning To Fail

Kenapa planning to fail ?
Sebab aku fail untuk planning.
Planning tentang hidup.
Planning tentang apa yang aku nak.

Aku terlalu macam berserah pada takdir.
Aku terlalu kurang perasaan 'eager' untuk buat sesuatu, sampaikan aku dah takde pape untuk buat.
Untuk jadikan tu satu matlamat untuk aku capai.

Aku suka buat kerja separuh jalan.
Selalu tak bersemangat.
Selalu tak percaya pada diri.
Sebab aku masih tak nampak.
Betul ke aku mampu.

Ye. 
Kata lainnya..
Kurang keyakinan.

Aku tak sedar.
Aku ada Ibu.
Untuk aku banggakan.

Aku selalu berharap dapat banggakan Ibu aku.
Tapi, apa yang aku buat ?

Main phone
Main komputer
Duduk lenggang kangkung

Tu dapat bantu Ibu aku ke ?

Aku nak jadi seseorang.
Untuk agama aku.
Untuk keluarga aku.
Biar keluarga aku bangga dengan aku.
Untuk negara aku juga.
Sebab aku sayang negara aku. 
Jauh dalam hati aku.

Tapi, aku malas.

Macam mana aku nak tolong ?