Sunday, July 31, 2016

Brussel Sprouts dan Leeks

Untuk semester dua, asas penyediaan makanan adalah salah satu subjek wajib untuk aku.
Jadi, kitorang harung setiap minggu dengan lab dari bahagian potong-potong sayur sampailah baking.
Bila dah makin menjengah ke akhir semester, lab makin habis lambat. 

Tapi, point utama aku bukanlah pasal lab yang lama.
Tapi pasal brussel sprout dengan leeks.

Time exam hari tu, ada satu soalan yang aku confuse sampai ke hari ni.
Dan memang aku ingat sebab mi goreng enak tersedia lepas aku jawab soalan tu.

(Soalan tu soakan objektif. Yes ! Bukan setakat soalan objektif, soalan true false pun kau takkan boleh jawab KALAU TAKDE cukup ilmu d dada. Aku ni ilmu banyak kat kitab)

Jadi adalah satu soalan :

Between those listed below, which one is not included in cabbage-family:
A. Leeks
B. ...
C. ...
D. Brussel sprout

So, aku pun confuse lah antara leeks dengan brussel sprout tu..

Dan aku jawab A.

------------------------------------------------------------------------------------

                       
                   Brussel sprout                                                          Leeks


Sebelum aku nak tulis entri ni, aku ter'search' lah pulak yang mana satu leeks yang mana brussel sprout tu.

Dan sekarang aku dah was-was balik betul ke jawapan aku A.


Babe,aku dah  TAWAKAL.

Wednesday, July 27, 2016

Terima Kasih

Cerita ni dikisahkan oleh sepupu aku yang sedang bekerja sebagai MO (Medical Officer).
Ni bukannya trilogi ataupun kesinambungan ataupun seumpama Descendants of The Sun yang dilakonkan oleh Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo.
Diorang tak datang Terengganu pun untuk berlakon.
Ni cuma cerita yang aku sendiri yang dapat pengajaran dia dan ingin kongsikan.

Sepupu aku,Along,dia bekerja di wad O&G (Obstetrics & Gynecology) dan sedang mengandung.
Dia cerita dekat aku tentang bagaimana dia berlari ke situ ke mari bila dalam keadaan kecemasan ( bayi yang dilahirkan lemas, tali pusat terikat di sekeliling tengkuk).

"Lepas tu Along lari lah ?" tanya aku.


"Yelah, larilah. Masa tu kita dalam keadaan kecemasan. Memang tak sempat fikir pasal diri sendiri sebab nak selamatkan nyawa orang lain." jawab Along.


"Tapi kan, masyarakat kita ni kurang berterima kasih." sambung Along lagi.
"Memang betul, apa yang kitorang buat tu adalah kerja kitorang dan kitorang bukannya mengharapkan apa-apa. Cuma kalau dengar orang ucap terima kasih tu, lagi semangat kitorang rasa nak kerja. Rasa macam dihargai atas segala yang kitorang buat. Banyak benda yang kitorang korbankan sebenarnya. "


Semua kerja perlukan pengorbanan.
Berkorban ni tak mudah.
Dan kerjaya sebagai doktor ni bukan seindah yang dilihat, 
Semudah yang ditatap.
Apa salah, kalau kau bermadah, 
Dengan hanya ucapan ringkas Terima Kasih atas segala penat dan lelah.

------------------------------------------------------------------------------------

Aku risau sebenarnya bila dengar Along lari-lari..
Dan aku sampaikan kerisauan aku ni dekat ibu aku.

Ibu kata,
"Takpe, Allah tolong orang yang tolong orang ni." 
Ibu senyum.


Photo credit: Auni Afifah Ismail

p/s: Aku tau gambar tu nampak cantik sebab ada tangan aku kan ?