Wednesday, July 27, 2016

Terima Kasih

Cerita ni dikisahkan oleh sepupu aku yang sedang bekerja sebagai MO (Medical Officer).
Ni bukannya trilogi ataupun kesinambungan ataupun seumpama Descendants of The Sun yang dilakonkan oleh Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo.
Diorang tak datang Terengganu pun untuk berlakon.
Ni cuma cerita yang aku sendiri yang dapat pengajaran dia dan ingin kongsikan.

Sepupu aku,Along,dia bekerja di wad O&G (Obstetrics & Gynecology) dan sedang mengandung.
Dia cerita dekat aku tentang bagaimana dia berlari ke situ ke mari bila dalam keadaan kecemasan ( bayi yang dilahirkan lemas, tali pusat terikat di sekeliling tengkuk).

"Lepas tu Along lari lah ?" tanya aku.


"Yelah, larilah. Masa tu kita dalam keadaan kecemasan. Memang tak sempat fikir pasal diri sendiri sebab nak selamatkan nyawa orang lain." jawab Along.


"Tapi kan, masyarakat kita ni kurang berterima kasih." sambung Along lagi.
"Memang betul, apa yang kitorang buat tu adalah kerja kitorang dan kitorang bukannya mengharapkan apa-apa. Cuma kalau dengar orang ucap terima kasih tu, lagi semangat kitorang rasa nak kerja. Rasa macam dihargai atas segala yang kitorang buat. Banyak benda yang kitorang korbankan sebenarnya. "


Semua kerja perlukan pengorbanan.
Berkorban ni tak mudah.
Dan kerjaya sebagai doktor ni bukan seindah yang dilihat, 
Semudah yang ditatap.
Apa salah, kalau kau bermadah, 
Dengan hanya ucapan ringkas Terima Kasih atas segala penat dan lelah.

------------------------------------------------------------------------------------

Aku risau sebenarnya bila dengar Along lari-lari..
Dan aku sampaikan kerisauan aku ni dekat ibu aku.

Ibu kata,
"Takpe, Allah tolong orang yang tolong orang ni." 
Ibu senyum.


Photo credit: Auni Afifah Ismail

p/s: Aku tau gambar tu nampak cantik sebab ada tangan aku kan ?

No comments:

Post a Comment